Gabungan parti pemerintah Jepun, Parti Demokratik Liberal (LDP) dan Komeito berjaya mengekalkan majoriti selesa di Dewan Rakyat berdasarkan keputusan akhir pilihan raya umum yang diadakan semalam.

Perdana Menteri Fumio Kishida,, berkata keputusan itu memberikannya mandat berharga daripada rakyat untuk terus memerintah.

LDP yang diterajui Kishida, memperoleh 261 kerusi daripada  465 kerusi manakala sekutunya Komeito mendapat 32 kerusi.

Pilihan raya umum itu menjadi medan ujian getir pertama untuk Kishida sejak menjadi perdana menteri 4 Oktober lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini