Beregu badminton lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin bakal berhadapan pasangan nombor tiga dunia dari Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi pada perlawanan suku akhir Badminton Terbuka Thailand petang nanti.

Dalam rekod pertemuan, pasangan negara yang baru sahaja menghuni ranking ke-12 dunia itu, menang sekali dalam tiga perlawanan.

Terdahulu, Sze Fei-Izzuddin berhasil menempah tempat ke suku akhir apabila berjaya menumpaskan pasangan adik beradik Popov dari Perancis secara “straight set” dengan mata 21-16 dan 21-11 dalam tempoh setengah jam.

Manakala, Takuro-Yugo pula mara selepas menyingkirkan beregu dari negara tembok besar, China Liang Wei Keng dan Wang Chang dengan keputusan 21-13, 19-21 dan 21-13 dalam pertarungan yang berlangsung hampir satu jam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini