Status perkahwinan pasangan yang menggunakan perkhidmatan sindiket jurunikah tanpa tauliah yang dikenali sebagai ‘Lebai Loh’ perlu dirujuk kepada pihak berkuasa agama negeri berkaitan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Idris Ahmad berkata, pasangan yang terlibat perlu tampil berjumpa pihak berkuasa bagi mengesahkan pernikahan agar tiada sebarang kemusykilan timbul berkaitan perkahwinan.

Beliau berkata demikian selepas mengulas mengenai isu sindiket nikah tanpa tauliah didalangi bekas imam berusia 71 tahun yang dikatakan sudah melakukan aktiviti tersebut lebih 20 tahun lalu di Kelantan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini