Seorang ibu dan kekasihnya yang mendera anak kandungnya berusia lima tahun sehingga meninggal dunia di Johor Bahru ditahan reman seminggu.

Terdahulu, wanita itu ditahan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru manakala teman lelakinya diberkas di kediaman mereka di Nusa Bestari.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tiada tangkapan lain dilakukan buat masa ini.

Kedua-dua suspek berusia 32 dan 35 tahun.

Bagaimanapun, mayat mangsa masih belum dituntut.
 
 
Mangsa mengalami kecederaan di mulut dan lebam pada bahagian depan serta belakang dipercayai akibat didera.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini