Pasaran Pelancongan Islam menjadi strategi utama berpotensi meningkatkan semula industri pelancongan dan ekonomi yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Bagi tujuan itu tiga strategi utama telah digariskan iaitu inovasi, pengetahuan dan kerjasama.

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, konsep pelancongan dan hospitaliti mesra Muslim adalah satu penjenamaan yang berkesan di samping kesihatan dan keselamatan menjadi keutamaan.

Beliau optimis perbelanjaan pelancong muslim dijangka melonjak sehingga mencecah 208 bilion dollar Amerika Syarikat pada 2024 berbanding 194 bilion dollar akibat kesan pandemik COVID-19.

Beliau menyampaikan ucaptama kepada peserta SEcond World Islamic Tourism Conference (WITC) anjuran Islamic Tourism Centre di Kuala Lumpur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini