Kepimpinan yang dinamik, bersungguh-sungguh dan bertenaga diperlukan dalam menguruskan pandemik COVID-19. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah pendekatan pemulihan yang bakal dilaksana perlu benar-benar memberi impak bermakna kepada rakyat.

Ia termasuk, usaha membasmi kemiskinan rakyat. Justeru, titah Baginda, kebijaksanaan pemimpin terdahulu dalam memformulasikan program kemiskinan pada era pasca merdeka dan dasar ekonomi baharu mula diperkenal, perlu dijadikan panduan.

Pada masa sama, Sultan Nazrin turut bertitah, pandemik COVID-19 hendaklah dijadikan loceng amaran kelemahan dan kekurangan dialami kerana sikap alpa, selain kesilapan dasar yang digubal ketika dunia bebas krisis.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini