Dalam usaha memastikan kesinambungan generasi baharu bola sepak negara, tujuh lagi Akademi Tunas akan dibuka sepanjang tahun ini.

Penambahan akdemi yang menjadi platform melahirkan pemain pelapis dalam Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) itu, diumumkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker.

Bagaimanapun, beliau berkata, lokasi akademi berkenaan masih belum diputuskan dan pihaknya terbuka untuk menerima cadangan daripada mana-mana pihak berhubung kawasan yang sesuai untuk dijadikan pusat latihan itu.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Akademi Tunas Raub yang turut dihadiri Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini