Pasukan Bencana Istana Negara meneruskan misi bantuan kepada penduduk terjejas banjir.

Kali ini melibatkan sumbangan barangan keperluan dan wang tunai kepada 41 keluarga di Kampung Yong dan Kampung Atok, Kuala Tahan, Jerantut, Pahang.

Istana Negara menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, misi bantuan berkenaan turut melibatkan penyertaan sukarelawan Pasukan Telekom Malaysia Reaching Out Volunteers (TM-ROVers).

Misi bantuan diketuai Pengarah Operasi Pasukan Bencana Istana Negara, yang juga Juruiring Tentera Udara kepada Seri Paduka Baginda, Brigadier Jeneral Datuk Zahari Yahya dan turut disertai Juruiring Tentera Darat, Brigadier Jeneral Datuk Sharizan Wan Chik.

Kerjasama antara Pasukan Bencana Istana Negara dan TM-ROVers adalah atas perkenan dan cetusan idea Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini