Penubuhan Pasukan Bertindak Khas melibatkan Kementerian Kesihatan- KKM dan Kementerian Kerja Raya, KKR, berjaya mengurangkan bilangan projek KKM yang dikategorikan sebagai ‘sakit’.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata ketika ini hanya tinggal dua sahaja projek yang masih ditakrifkan sebagai sakit manakala lima atau enam projek yang dahulunya dikategorikan sebagai sakit kini telah dapat diteruskan.

Khairy berkata demikian pada majlis Pra-Penyerahan Projek Hospital Sri Aman 2, di Sri Aman.

Sementara itu , Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata salah satu projek yang masih sakit adalah Projek Pembinaan Hospital Petra Jaya di Kuching.

Pada Oktober lalu Datuk Seri Fadillah memaklumkan penubuhan Pasukan Bertindak Khas bertujuan mencari punca kelewatan dan permasalahan yang berlaku serta kaedah penyelesaian melibatkan projek pembinaan hospital dan klinik kesihatan seluruh negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini