Kampung Jongok Batu di Hulu Dungun antara kawasan yang sering terjejas banjir.

Kini; pasukan bomba sukarela ditubuhkan bagi memberi bantuan ketika berdepan bencana berkenaan.

Pengerusi Ketengah Datuk Razali Idris ketika merasmikan pasukan itu berkata, pembinaan bangunan balai bomba melibatkan peruntukan RM68,000 di bawah Projek Ameniti Sosial Ketengah.

Dalam pada itu, Datuk Razali turut menyampaikan bantuan khas bencana kepada 147 rumah yang dilanda ribut di empat penempatan baru-baru ini.

Kawasan terjejas ialah Ketengah Jaya, Felda Kerteh Lima, Felda Kerteh Enam dan Bandar Seri Bandi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini