Pasukan keselamatan India menembak mati 13 orang awam di negeri Nagaland. Ketua polis negeri, Sandeep M. Tamgadge mengesahkan kejadian tersebut.

Tamgadge berkata, enam buruh terkorban ketika mereka diserang hendap oleh pasukan keselamatan, semasa dalam perjalanan ke rumah masing-masing di kampung Oting.

Ahli keluarga kemudian keluar mencari mangsa dan berjumpa dengan pasukan keselamatan selepas menemui mayat mereka. Dalam konfrontasi itu, polis menembak mati tujuh lagi mangsa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini