Pasukan petugas khas ditubuhkan untuk menyemak semula undang-undang berkaitan kes tuntutan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan. Ia diketuai Bekas Peguam Negara – Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan, pasukan itu akan mengesyorkan pilihan terbaik mengenai hala tuju kerjaan berhubung kes berkenaan.

Kesemua dapatan dan syor pasukan tersebut akan dikemuka kepada Mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh enam bulan.

Memorandum Jemaah Menteri berhubung penubuhan Pasukan Petugas Khas ini termasuk terma rujukan, keanggotaan dan implikasi kewangan akan dibentangkan untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri dalam masa terdekat. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini