Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) akan ditugas membuat rondaan di kawasan berisiko banjir.

Ini merupakan kali pertama pasukan elit berkenaan diatur gerak untuk bencana berskala kecil.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad antara kawasan diberi tumpuan adalah lokasi yang dijangka dilanda banjir besar.

Rondaan akan dilakukan dengan kelengkapan canggih dimiliki pasukan.

Beliau ditemui selepas majlis penutupan Kursus Khas SMART Siri 1/2021 di Pulau Meranti, Puchong.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini