Pasukan tentera tidak dikenali telah mengepung rumah Perdana Menteri Sudan, Abdalla Hamdok, yang kini dalam tahanan rumah.

Empat menteri kabinet Sudan dan seorang wakil awam Majlis Tertinggi Sudan turut ditahan pada awal pagi Isnin.

Menurut laporan media tempatan, orang ramai berarak di ibu negara, Khartoum, untuk membantah cubaan rampasan kuasa tentera.

Polis di bandar Khartoum turut melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang menuntut pemindahan kuasa daripada tentera kepada kerajaan pilihan rakyat.

Sejak Khamis lalu, ribuan penunjuk perasaan berkumpul di beberapa bandar utama Sudan ,  melaungkan desakan meminta Ketua Majlis Tertinggi, Jeneral Abdul Fattah al-Burhan menyerahkan kuasa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini