Seorang wanita di Brazil mengagumkan ramai dengan hasil tangannya, iaitu membuat patung bayi yang amat mirip dengan bayi sebenar. Antara bahan utama yang digunakan Ana Paula Guimaraes dalam mencipta patung bayi berkenaan adalah kain, getah dan kulit biri-biri.

Guimaraes mula mereka patung bayi hiper-realistik sejak tahun 2008 dan sudah terjual lebih 1,000 patung. Katanya, dia mengambil masa sekitar tujuh hari bagi menyiapkan satu patung.

Anak patung berkenaan dijual pada harga kira-kira 1,300 dolar Amerika Syarikat atau lebih RM5,000. Pelanggannya juga boleh memilih warna mata, rambut dan kulit serta bentuk muka anak patung yang bakal dimiliki.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini