Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima bukti boleh dipercayai berhubung lebih 100 pembunuhan di luar batas perundangan di Afghanistan sejak Taliban mengambil alih kuasa Ogos lalu.

Kebanyakannya dilakukan oleh Taliban sendiri dan mangsa pula disyaki bekas anggota pasukan keselamatan Afghanistan.

Timbalan hak kemanusiaan PBB, Nada Al-Nashif, berkata beliau amat bimbang berhubung laporan pembunuhan yang berterusan meskipun langkah pengampunan am diumumkan pemerintah Taliban selepas 15 Ogos lalu.

Sekurang-kurangnya 72 orang dibunuh, dalam beberapa kes, mayat mereka dipamerkan kepada umum dan ini menambah ketakutan kepada orang ramai.

Bagaimanapun, Jurucakap Taliban, Qari Sayed Khosti menolak laporan dan dakwaan lain mengenai pembunuhan di luar undang-undang kerana ‘tidak berdasarkan bukti’.

Beliau berkata, terdapat beberapa kes bekas anggota Pasukan Pertahanan dan Keselamatan Negara Afghanistan yang kini tidak berfungsi, terbunuh kerana ‘persaingan peribadi atau permusuhan’.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini