Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB untuk Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet menggesa Myanmar membebaskan semua petugas media yang ditahan.

Gesaan itu disuarakan selepas wartawan Amerika Syarikat , Danny Fenster dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun atas kesalahan menghasut dan melanggar syarat visa.

Beliau turut mengecam hukuman keras yang dikenakan, selain menyifatkan perbicaraan tertutup dan tidak adil kepada wartawan berkenaan.

Junta tentera katanya cuba menutup laporan berhubung pelanggaran serius hak asasi manusia yang sedang berlaku di Myanmar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini