Lebih banyak bantuan kemanusiaan akan diberikan kepada rakyat Ukraine susulan pencerobohan yang dilakukan Rusia.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyatakannya komitmen itu menerusi perbualan telefon dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy.

Guterres turut berkata badan dunia itu akan melancarkan rayuan untuk membiayai operasi kemanusiaan PBB di Ukraine, Selasa depan.

Manakala jurucakap setiausaha agung Stephane Dujarric berkata, disebabkan keadaan semakin meruncing di Ukraine, Guterres membatalkan rancangan ke Geneva.

Beliau hanya akan bercakap pada mesyuarat Majlis Hak Asasi Manusia esok menerusi rakaman video.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini