Sejumlah 5 bilion dolar diperlukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memberi bantuan kepada Afghanistan bagi 2022.

Ia bagi mengelak malapetaka kemanusiaan dan menawarkan masa depan kepada negara itu selepas 40 tahun menderita.

PBB berkata, 4.4 bilion dolar diperlukan di Afghanistan, manakala 623 juta dolar lagi untuk menampung jutaan rakyat Afghanistan yang mendapatkan perlindungan di luar sempadan negara itu.

22 juta orang di Afghanistan dan 5.7 juta lagi rakyatnya yang kehilangan tempat tinggal di lima negara jiran memerlukan bantuan penting tahun ini.

Sejak Taliban menguasai Afghanistan pada pertengahan Ogos tahun lalu, negara itu terjerumus ke dalam keadaan kewangan yang tidak menentu, dengan inflasi dan pengangguran yang melonjak.

Washington membekukan berbilion dolar aset negara itu, manakala banyak bekalan bantuan terganggu.

Tanpa bantuan kemanusiaan, kesusahan, kematian, kelaparan dan perpindahan secara besar-besaran akan menyusul.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini