Di Sudan Selatan pula; Pertubuhan Makanan Sedunia merayu 426 juta dolar amerika bagi mengatasi kebuluran di negara itu susulan konflik dan banjir yang menyebabkan jutaan orang berisiko hilang tempat tinggal.

Pemangku Pengarah WFP bagi Sudan Selatan, Adeyinka Badejo-Sanogo berkata rayuan lebih 400 juta dolar itu untuk selama 6 bulan.

Punca kekurangan makanan itu adalah pelbagai iaitu konflik dalaman, perubahan iklim, pandemik Covid-19 dan terbaharu perang Ukraine-Rusia.

Sebagai negara paling muda di dunia selepas memperoleh kemerdekaan dari Sudan pada 2011; Sudan Selatan kini berdepan isu kebuluran paling teruk.

Perang saudara antara 2013 hingga 2018 pula telah menyebabkan hampir 400,000 maut dan jutaan lagi hilang tempat tinggal.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini