Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) siap sedia laksana operasi bantuan buat Tonga dari jauh bagi mengelak penularan COVID-19 di negara kepulauan Pasifik itu. Penyelaras PBB berpangkalan di Fiji memaklumkan, kemungkinan tidak menghantar kakitangannya memandangkan Tonga mempunyai dasar bebas COVID-19 yang sangat ketat.
Tonga antara beberapa negara yang bebas COVID-19 dan PBB tidak mahu pendemik Coronavirus menambah bencana di pulau berkenaan. Negara itu mempunyai 90% kadar imunisasi dalam kalangan orang dewasa dan golongan muda berumur 12 tahun ke atas.
Justeru, badan dunia itu amat berhati-hati membuka sempadan kerana sejarah membuktikan wabak penyakit di Pasifik mampu menghapuskan masyarakat di sana. Kerajaan Tonga sudah mula memindahkan penduduk yang terkandas di beberapa kawasan terpencil.