Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) meminta kerajaan Thailand mengemukakan alasan kukuh berhubung tindakannya mengeluarkan ganja daripada senarai bahan narkotik berbahaya.

PBB juga akan meneliti deraf undang-undang berkaitan ganja yang digubal Thailand.

Sekiranya ia didapati melanggar Konvensyen 1961 mengenai narkotik, Thailand perlu memperbetulkan kekhilafan itu dan membuat laporan semula.

Jika langkah ini tidak dilaksanakan, INCB akan mendapatkan resolusi daripada Perhimpunan Agung PBB (UNGA).

Seluruh dunia akan dimaklumkan menerusi laporan tahunan bahawa Thailand sudah melanggar perjanjian narkotik antarabangsa.

Thailand adalah negara Asia Tenggara pertama yang mengeluarkan ganja daripada senarai narkotik Kategori 5 susulan pengumuman Kementerian Kesihatan Awam.

Lembaga Kawalan Narkotik (NCB) turut menyatakan kebimbangan mengenai kesan buruk akibat dasar berkenaan.

Bermula Khamis lalu, rakyat Thailand dibenarkan menanam pokok ganja di rumah mereka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini