PDRM bakal membuat kajian dalam usaha memperhalusi program pencarian pegawai kanan polis. Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM sebelum ini telah mempunyai program mencari pegawai kanan menerusi Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) di Universiti Awam.

Unit beruniform Kadet Polis di sekolah menengah juga antara kelayakan yang boleh digunakan untuk pelajar memohon jawatan sebagai anggota polis. Kedua-dua program itu turut menjadi medium untuk PDRM mencari bakat bagi pengambilan pegawai dan anggota.

Beliau berkata demikian selepas menerima Darjah Gemilang
Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Ke-72 Yang Di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini