Polis memberi jaminan tahap keselamatan di Sabah, terkawal walaupun terdapat laporan media asing yang mendakwa bakal berlaku pencerobohan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam kenyataan berkata setakat ini, tiada pengesahan diterima pihaknya mengenai perancangan yang dimaksudkan itu.

PDRM memandang serius perkara itu dan akan mengambil tindakan segera bagi meningkatkan kesiapsiagaan ke tahap tertinggi di Sabah untuk menghadapi sebarang kemungkinan serta ancaman pencerobohan.

PDRM juga sentiasa bersedia menangani sebarang ancaman dan usaha juga akan dipergiatkan bagi mengesan serta mengenal pasti anasir di Sabah yang berkemungkinan terlibat dalam komplot terbabit.

Tegasnya, sebarang usaha untuk menggugat keselamatan dan kedaulatan negara oleh mana-mana pihak akan dikenakan tindakan tegas.

Media antarabangsa melaporkan satu mesyuarat diadakan pada 1 Disember lepas yang diatur oleh seorang pegawai kanan kerajaan tempatan Wilayah Sulu yang dihadiri 19 Datuk Bandar bagi membincangkan penubuhan ‘Tentera Diraja Sulu’ untuk menawan Sabah dengan 11 daripada Datuk Bandar yang hadir bersetuju dengan rancangan itu. 

Serangan ke atas Sabah itu didakwa akan berlaku Februari tahun depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini