Polis Diraja Malaysia(PDRM) bersedia mengatur anggota bagi persiapan menghadapi Pilihan raya Negeri(PRN) Sarawak pada 18 Disember ini.

Timbalan ketua polis negara, Datuk Seri Mazlan Lazim menyatakan pihaknya telah melakukan segala persiapan daripada segi modal insan yang menjamin keselamatan orang awam sepanjang proses demokrasi yang telah ditetapkan oleh suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau menyatakan perkara berkenaan dalam sidang media selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Pihaknya tidak menolak kemungkinan akan menurunkan pasukan dari Bukit Aman untuk membantu kekuatan pegawai dan anggota sedia ada di negeri Bumi Kenyalang itu pada PRN kali ini.

Jelasnya buat masa ini semua anggota dan pegawai membabitkan kontinjen Sarawak dilihat mencukupi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini