Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggalakkan para pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (Kor Suksis) agar menjadikan bidang kepolisan sebagai kerjaya selepas tamat pengajian.

Ia kerana pelatih Kor Suksis yang berjaya bukan sahaja mempunyai disiplin yang tinggi, malah telah menyertai pelbagai latihan kepolisan dan undang-undang.

Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Dr Mustafa Khan Abdul Samat berkata demikian pada Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Lantikan Pegawai Kor Suksis Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2021 di Nilai, Negeri Sembilan.

Kali ini, seramai 68 orang pelatih Kor Suksis USIM berjaya menamatkan latihan dan telah ditauliahkan.

Seramai 13,845 pelatih Kor Suksis telah ditauliahkan melibatkan 19 universiti induk dan 13 buah cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini