PDRM akan menggerakkan Pasukan Gerakan Am, Polis Marin, Udara dan FRU ke Segamat untuk operasi pembersihan pascabanjir.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, keseluruhannya enam agensi terlibat dalam Op Banjir di daerah tersebut.

Selain PDRM yang menghantar 377 anggota, ATM melibatkan kekuatan 57 anggota, Jabatan Bomba dan Penyelamat  25 anggota serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 15 anggota.

Turut terlibat RELA dengan 23 anggota serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia 10 anggota.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini