PDRM akan melaksana Sekatan Jalan Raya di 17 lokasi seluruh Melaka sepanjang tempoh pelaksanaan PRU DUN Melaka.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali berkata, langkah diambil bagi memastikan individu yang memasuki negeri itu telah lengkap di vaksin terutama yang mahu mengundi atau melancong.

PDRM juga akan memohon kepada Mahkamah untuk mewartakan larangan penerbangan dron di Melaka sepanjang tempoh PRU.

Ia bagi memastikan tiada insiden berkaitan dron berlaku sepanjang tempoh itu.

Untuk itu katanya, PDRM turut menyediakan Pasukan Gerakan Udara bagi memantau penggunaan dron.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis tamat kursus pasukan Light Strike Force (LSF) di IPK Melaka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini