Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun kompaun saman trafik sehingga 80 peratus, bermula hari ini hingga 12 Disember 2021.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim berkata tawaran ia sempena program 100 hari Aspirasi #KeluargaMalaysia.

Pihaknya menawarkan pengurangan kompaun saman terpilih sehingga 80 peratus dengan had minima RM30.

Pembayaran kompaun boleh dibuat di kaunter PDRM di KLCC, kaunter bayaran saman trafik di ibu pejabat polis daerah dan kontinjen, serta portal aplikasi MyBayar Saman.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini