Lebih RM200,000 bayaran kompaun trafik berjaya diperoleh dalam masa sehari pada Hari Bertemu Pelanggan IPD Sentul semalam.

Berdasarkan respon memberangsangkan itu, Polis Kuala Lumpur bercadang untuk memperbanyakkan lagi program seumpama.


Pada program yang berlangsung di sebuah pusat beli belah itu 1,899 kompaun dijelaskan.

Turut diadakan pameran beberapa agensi kerajaan lain seperti Jabatan Penerangan, Jabatan Pendaftaran, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini