Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan Unit Siasatan Jenayah Dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), yang akan mula beroperasi 1 Januari depan.

Penubuhan Unit Khas itu, bertujuan meningkatkan lagi integriti dan imej kepolisan dalam menyelesaikan isu-isu yang disuarakan rakyat.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, USJKT diletak di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), dan diketuai seorang pegawai berpangkat Superintendent.

Semua kes kematian dalam lokap mahupun tahanan polis, akan disiasat oleh USJKT, dan bukan lagi oleh polis yang berada di balai berkenaan. Datuk Seri Hamzah, bercakap kepada media, selepas Majlis Pelancaran Aspirasi Keluarga Malaysia 100 hari Menteri Dalam Negeri, di Ibu Negara. Beliau turut menjelaskan, insiden dan kes kematian dalam tahanan, bukan disebabkan isu perkauman seperti didakwa sesetengah pihak.

Mengikut statistik polis sejak tahun 2015, sebanyak 176 kes kematian dilaporkan. 82 daripadanya membabitkan kematian dalam lokap, manakala 94 lagi dalam tahanan.          

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini