Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah melepasi halangan pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2022.
Mereka menundukkan pasangan China, Liu Xuan Xuan-Xia Yu Ting, 22-20, 21-14.
Turut mempamerkan aksi memukau, beregu campuran muda negara, Chen Tang Jie- Valeree Siow yang mengejutkan pasangan ranking ke-16 dunia, Yuki Kaneko- Misaki Matsutomo dari Jepun.
Mereka bagaimanapun terpaksa bermain sehingga set penentuan sebelum menang 21-16, 14-21, 21-10.