Seorang wanita berjaya melahirkan bayi lelaki seberat 6.35 kilogram.

Bayi diberi nama Alpha itu dipercayai menjadi bayi ketiga terbesar yang dilahirkan dalam sejarah kelahiran di United Kingdom (UK).

Disebabkan saiz dan beratnya, Alpha digelar ‘Baby Hippo’ dan ‘Butter Bean’.

Menurut laporan, ibunya, Cherral Mitchell, 31 tahun, memerlukan dua orang bidan ketika proses melahirkan bayi tersebut menerusi pembedahan.

Alpha yang merupakan anak keempat kepada Cherral dan suami, Tyson, dilahirkan ketika berusia 38 minggu.

Pemegang rekod bayi terbesar di UK adalah Guy Carr yang dilahirkan dengan berat 7.03 kilogram pada tahun 1992.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini