600 buah Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) beri penekanan penjanaan pendapatan dan membantu memperkukuh ekonomi rakyat.

Malah menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, lebih banyak PEdi akan ditambah terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri yang belum mempunyai kemudahan tersebut sebelum ini. 

Tan Sri Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, majlis pelancaran PEDi dijangka akan disempurnakan Perdana Menteri di Bera, Pahang, bulan depan.

Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan FINAS kepada penggiat seni silat, Hasan Arsat, 84 tahun di Kampung Padang Lembik, Ketereh, Kota Bharu.
 
Terdahulu Tan Sri Annuar turut meluangkan masa melawat beberapa menara telekomunikasi sekitar Ketereh bagi menyemak tahap kualiti capaian internet.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini