Seramai 800,000 usahawan kecil disasar menerima manfaat Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) menjelang tahun 2025.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, sebanyak 1,083 PEDi di seluruh negara akan dipertingkat dan dipergiatkan untuk melahirkan serta memperkasa usahawan kecil ke arah pendigitalan inovatif dan berdaya saing. 

Jelas Tan Sri Annuar, melalui program diterajui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama agensi dan pemain industri ini, usaha memperkasa usahawan digiatkan. Tambahnya, setiap PEDi bakal mempunyai panel penasihat pelbagai bidang tersendiri.
 
Dan, seramai 600 Rakan Digital PEDi akan dilantik bagi menjalankan program-program agensi kerajaan dan swasta. Tan Sri Annuar ditemui pemberita selepas majlis Perasmian PEDi di Dewan Orang Ramai Kampung Durian Tawar, Bera yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini