Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) menerima sambutan memberangsangkan daripada usahawan luar bandar.

Menurut Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna Kedah, Wan Romani Wan Salim, ada usahawan kecil di Langkawi yang ditemui mengaku PEDi membantu mereka memperoleh pendapatan sehngga RM30,000 sebulan.

PEDi dilengkapi akses perkhidmatan jalur lebar dan kemudahan infrastruktur digital.

Pusat berkenaan turut menyediakan khidmat kakitangan terlatih bertujuan memberi perkhidmatan serta sokongan kepada komuniti setempat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini