Lebih 10,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dengan Pilihan Raya di Melaka dan Sarawak diberi keutamaan untuk menerima dos penggalak vaksin COVID-19.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya sudah membuat permohonan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan suntikan vaksin kali ketiga itu.


Setakat ini, lebih 7,000 anggota ditugaskan mengawal kelancaran di Sarawak, manakala 3,600 lagi bertanggungjawab menjalankan tugas di Melaka.  


Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membuat Lawatan Kerja Rasmi dan Penyerahan Kenderaan Pasukan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di Kota Bharu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini