Semua pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan (JBPMNS) diraikan, dalam satu Majlis Makan Malam Apresiasi JBPMNS di Seremban.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menzahirkan ucapan tahniah atas jasa, pengorbanan serta komitmen yang diberikan oleh mereka, dalam melaksana tugas hakiki dan tugasan khas, terutamanya ketika Pandemik Covid-19 mula melanda.

Dengan jumlah seribu 752 operasi sanitasi yang telah dilakukan, jelas menunjukkan JBPMNS komited dalam memastikan Covid-19 dapat terus dikawal. Pada majlis sama, rakan media turut diraikan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini