@akak_kimchi, menerusi video tiktoknya berkongsi pengalaman ketika berbasikal di Bandar Melaka sebelum tiba-tiba dipanggil oleh seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menurutnya, keadaan tersebut telah membuatkan semua penunggang basikal di kawasan berkenaan takut jika mereka ada membuat kesalahan.

Bagaimanapun, tindakan pegawai JPJ berkenaan mengumpulkan semua penunggang basikal di kawasan itu dengan tujuan untuk memberikan satu taklimat keselamatan menunggang basikal di kawasan berkenaan.

Apa yang dilakukan pegawai tersebut adalah suatu perkara yang baik dan info yang bagus untuk semua penunggang basikal untuk sentiasa beringat dalam menjaga keselamatan.

Video tersebut meraih pujian daripada warganet yang suka dengan cara pegawai berkenaan memberi nasihat dan teguran kepada rider basikal di kawasan tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini