Pegawai kerajaan tempatan Filipina akan dikenakan tindakan jika pemberian vaksin Covid-19 tidak menepati sasaran.

Ketika ini hanya satu pertiga daripada 77 juta rakyat yang layak divaksin menerima suntikan masing-masing.

Presiden Rodrigo Duterte berkata tiada alasan pihak berkaitan gagal meningkatkan kadar vaksinasi.

Ini kerana negara terbabit mempunyai bekalan vaksin mencukupi.

Tegasnya, situasi semasa menunjukkan berlaku kelompongan dalam pemberian imunisasi.

Justeru, tindakan wajar dikenakan kepada pegawai yang terlibat sekiranya situasi tidak berubah.

Ketika ini sekatan Covid-19 di negara terbabit dilonggarkan secara beransur-ansur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini