Susulan penahanan pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic di Australia ekoran keraguan terhadap status vaksinasinya.

Dokumen membuktikan pemain Serbia itu dikecualikan daripada pemeriksaan kesihatan mengenai vaksin bagi menyertai saingan terbuka Australia didedahkan.

Perkara itu dinyatakan sebuah dokumen yang diterbitkan Mahkamah Litar Persekutuan Australia. Menurut dokumen itu, pengecualia n diberi memandangkan Djokovic baru sembuh daripada COVID-19. Surat didakwa ditulis Ketua Pegawai Perubatan Tenis Australia.

Pendedahan itu muncul ketika pemain terbabit ditahan di sebuah pusat tahanan sementara di Melbourne selepas visanya dibatalkan.

Dokumen itu telah diserah kepada mahkamah untuk pendengaran kes yang dijadual berlangsung esok. Djokovic ditahan di fasiliti terbabit sejak Khamis lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini