Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mahu momentum positif yang ditunjukkan skuad negara dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2023 dapat dikekalkan.
 
Jelas beliau, di bawah kendalian jurulatih Kim Pan Gon, skuad Harimau Malaya telah menunjukkan peningkatan ketara dan berharap prestasi itu dapat diteruskan.

Justeru, Datuk Seri Ahmad Faizal mahu semua peminat dapat meneruskan sokongan kepada pasukan negara agar dapat ke peringkat yang lebih tinggi.

Beliau ditemui selepas majlis perasmian Surau Al-Faizin Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan, di Ulu Kinta, Perak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini