Sebuah pekan purba di Itali memiliki struktur menyerupai bentuk badan manusia.

Pekan Centuripe ini terletak di wilayah Enna, Sicily.

Imej dari udaranya memaparkan ia seakan-akan manusia dengan ‘kedua-dua belah tangan didepakan’.

Menurut jurugambar tempatan, Pio Andrea Peri, dia menemukan rupa bentuk unik Centuripe apabila melihat pekan itu menerusi Google Earth.

Dia kemudian menerbangkan dronnya bagi merakam keunikan pekan tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini