Pekebun kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah, RISDA, bakal menerima bantuan musim tengkujuh berjumlah RM300. Bayaran akan dibayar bulan depan itu, sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berkata, bantuan menerusi peruntukan berjumlah RM192 juta itu bakal memanfaatkan kira-kira 300,000 pekebun kecil RISDA.
 
Penerima merupakan pekebun kecil yang memiliki kurang daripada 2 perpuluhan 5 hektar tanah. Beliau turut memberitahu, cadangan untuk meningkatkan harga lantai getah sekerap daripada RM2.50 sen kepada RM3.50 sen sekilogram masih dalam kajian.

Beliau terdahulu menyerahkan 10,000 Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 kepada Masyarakat Tanjung Piai, Pontian, Johor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini