Seorang pekebun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan membunuh rakannya, dua minggu lalu.
 
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Tertuduh S. Alphonsus, 40 tahun, didakwa dengan sengaja  menyebabkan kematian R. Ravindran, 35 tahun, dengan menggunakan pisau pada 4 November lepas.
 
Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dia boleh dijatuhi hukuman mati jika sabit kesalahan.
 
Tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis methamphetamine ke dalam badannya.
  
Pertuduhan  turut dibaca bersama Seksyen 38B (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman menjalani pengawasan oleh pegawai sebagaimana ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini