Pekerja-pekerja asing yang telah selesai permohonan bekerja semula di negara ini dijangka kembali ke industri dua minggu lagi.

Proses tersebut hasil usaha Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama syarikat-syarikat yang membuat permohonan mendapatkan khidmat pekerja asing melibatkan sektor tertentu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keutamaan diberikan kepada warga asing yang masih berada dalam negara dan memerlukan pekerjaan.

Pada awal November lalu, beliau memaklumkan telah menerima permohonan lebih 200,000 pekerja asing menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) Pendatang Asing Tanpa Izin, sejak tahun lepas.

Manakala hampir 12,000 majikan turut memohon melalui program sama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini