Seorang pekerja kedai peralatan logamĀ  Kajang, Selangor nyaris maut terperangkap dalam kebakaran di tempat kerjanya.

Dalam kejadian itu mangsa dijumpai tidak sedarkan diri dengan kesan lecur serius.

Menurut Pengarah Bomba Selangor; Norazam Khamis panggilan mengenai kejadian di Jalan Reko itu diterima sekitar pukul 1 tengah hari.

Ketika kerja pemadaman dilaksana pihaknya menemukan mangsa tidak sedarkan diri di tangga kecemasan.

Pemeriksaan mendapati dia mengalami lecur di badan dan kepala.

Pekerja kedai peralatan logam ditemui melecur dan tak sedarkan diriLelaki berusia 35 tahun itu dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.