Seorang pekerja pasar raya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Rompin atas dakwaan membunuh seorang kanak-kanak lelaki di bawah jagaannya yang berusia dua tahun.
 
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohd Noor Ab Manap, 31 tahun, selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan majistret, Wahidah Zainal Abidin.

Tertuduh didakwa membunuh kanak-kanak itu pada pukul 2 pagi, 11 November lalu di sebuah rumah di Kampung Janglau, Rompin.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nurhalimatun Saadiah Abdullah; manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Deniel Roslan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini