Seorang pekerja pusat cuci kereta yang disyaki ketua sindiket pengedaran dadah di Pulau Pinang ditahan dalam satu serbuan polis di Seberang Jaya, Georgetown, Ahad lalu.

Lelaki warga tempatan berusia 37 tahun itu dipercayai bergiat aktif mengedar dadah sejak awal Jun lalu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari hingga 2 petang itu, polis merampas pelbagai jenis dadah seberat lebih 27 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM146,774.

Antara dadah yang dirampas itu adalah ganja, syabu dan heroin base.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, polis menemui dadah jenis ganja seberat 6.4 kg dalam sebuah kenderaan.

Manakala, serbuan di rumah suspek pula menemukan menemukan 12 ketulan ganja seberat 12.4 kilogram, tiga paket syabu (1.8 kg), satu ketulan heroin base (375 gram) dan serbuk kafein (6.6 kg).

Keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan boleh digunakan seramai 72,000 penagih.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini