Johor menerima pelaburan RM250 juta daripada syarikat Insulet Corporation yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Menteri Besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia sebagai batu loncatan kepada Johor yang bakal menerima pelbagai lagi pelaburan berimpak tinggi, dalam tempoh terdekat, berdasarkan kenyataan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, MIDA.

Pelaburan itu juga menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat.

Johor juga kini sedang menarik minat syarikat berkaitan perubatan antarabangsa untuk melabur ke negeri itu.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Insulet Corporation di Johor Bahru.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini